Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.
Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.
Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024BENGKEL KEUSAHAWANAN YPU BERSAMA VIRAL NIAGA
Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019Bengkel ini bertujuan untuk memudahkan para usahawan dalam meningkatkan perniagaan beliau dengan menggunakan perniagaan atas talian melalui ViralNiaga.com. ViralNiaga.com adalah platform Hosting Premium Viral yang membuat sistem viral anda sendiri mudah, terjangkau, selamat dan pantas. ViralNiaga.com datang dengan plugin premium, sokongan dan pengurusan yang berdedikasi, tidak pernah risau tentang keselamatan, prestasi, sandaran dan kemas kini lagi. Untuk bengkel kali ini, usahawan didedahkan dengan aplikasi terbaru daripada Viral Niaga iaitu Viral Niaga App. Mereka diberi penerangan berkaitan cara penggunaan dan kelebihan menggunakan aplikasi tersebut....baca selanjutnya
BANTUAN TANAM SEMULA & PEMASARAN SECARA BERKELOMPOK RISDA
Aktiviti Terkini | 02 November 2019Program tanam semula adalah aktiviti utama dalam membangunkan ekonomi pekebun kecil dan menjadi teras kepada program pembangunan yang lain. Program ini dirasmikan oleh Puan Siti Norbaya Binti Iksan selaku Pegawai RISDA Hulu Terengganu. Program ini bermula pada tahun 1952 bertujuan membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun-kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon getah baru atau menukar kepada jenis tanaman lain yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih tinggi....baca selanjutnya
KARNIVAL SEBUDI
Aktiviti Terkini | 22 & 23 Oktober 2019Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan kemudahan internet dengan bijak & selamat....baca selanjutnya
KARNIVAL PEKAN BUDAYA HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 05 - 07 September 2019Majlis turut dihadiri oleh YB. Dr Mamad Puteh selaku ADUN Kuala Berang dan badan-badan NGO. Beberapa agensi kerajaan dan juga swasta turut terlibat dalam menjayakan karnival ini. Pekan Budaya secara lazimnya diadakan setiap tahun dengan tujuan utama adalah mendekatkan rakyat setempat dengan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang terdapat di sekitar daerah. Kebanyakkan agensi mempamerkan Gerai-Gerai Pameran Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan juga swasta. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung untuk datang ke gerai mereka....baca selanjutnya
PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA TUPPERWARE BRAND
Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019Keusahawanan merupakan satu bidang yang kini menjadi aspek utama dalam memastikan kemandirian komuniti di seluruh Malaysia. Berdasarkan keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia dewasa kini, aspek keusahawanan perlu ditanam di dalam diri komuniti pada masa kini. Pusat Internet bersama-sama Tupperware Brand telah bersepakat untuk bekerjasama dalam mewujudkan satu program keusahawanan bagi menggalakkan komuniti luar bandar untuk menceburi bidang keusahawanan. Program ini telah diadakan pada 25 Ogos 2019 bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Seramai 40 orang peserta telah menyertai program, tersebut dan separuh dari peserta telah menawarkan diri untuk menjadi salah seorang daripada ajen produk Tupperware. Program ini menerangkan mengenai cara-cara menjana pendapatan melalui Tupperware Brand. Selain itu, program ini juga menggalakkan masyarakat Bumiputera untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan bagi menjana pendaptan tambahan dan meningkatkan hasil ekonomi negara. Program ini berlangsung selama 4jam dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur untuk peserta yang hadir....baca selanjutnya
BENGKEL KEUSAHAWANAN SHOPEE
Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019Bengkel kali ini menerangkan mengenai applikasi Shopee dan cara penjualan menerusi aplikasi tersebut. Shopee adalah sebuah aplikasi online yang digunakan untuk proses jual beli. Pengguna tidak perlu lagi ke pasaraya untuk beli barangan keperluan mereka. Mereka hanya perlu akses melalui smartphone/komputer dan membeli secara online. Setiap penghantaran akan dihantar terus ke rumah. Menerusi bengkel ini peserta diajar untuk mencipta akaun Shopee sendiri dan cara-cara membuat jualan menerusi aplikasi Shopee. Produk yang mereka jual perlulah barangan kering dan tahan lama kerana produk tersebut perlu menjalani proses penghantaran selama beberapa hari dengan menggunakan khidmat penghataran yang ada di Malaysia. Bengkel ini dapat membantu usahawan dalam meluaskan produk mereka secara atas talian....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menegratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk Kg. Kuala Kejir. Sepanjang majlis ini berlangsung, beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya Kahoot Raya, Jigsaw Puzzle Raya, Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga pertandingan busana raya tercantik. Pemenang bagi setiap aktiviti diberikan hadiah bagi tempat pertama hingga ke tiga. Turut diadakan sesi cabutan bertuah. Sebanyak 15 hadiah saguhati disediakan oleh pihak Pusat Internet kepada pemenang yang bertuah. Pada hari tersebut, peserta diingatkan untuk memakai busana raya masing-masing. Majlis diakhiri dengan jamuan kecil-kecilan yang disediakan oleh staf Pusat Internet....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG PUSAT INTERNET KUALA KEJIR
Aktiviti Terkini | 04 Mei 2019Hasil daripada aktiviti gotong-royong ini dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan kepada pengguna semasa menggunakan kemudahan yang disediakan. Diharapkan program gotong-royong ini dapat dianjurkan lagi untuk masa akan datang. Warga Pusat Internet mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peserta kerana sudi melibatkan diri dalam program amal ini....baca selanjutnya
“JOM CANTIK” KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK KEMAS PARLIMEN HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 23 - 24 April 2019Program ini dirasmikan oleh En. Mohamad Sahari B. Musa, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Hulu Terengganu. Sebanyak 20 orang peserta telah menghadiri program ini. Program ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan bertujuan untuk melestarikan peningkatan ilmu dalam kalangan usahawan dari segi penampilan imej, keyakinan diri, dan tatarias paras rupa....baca selanjutnya
KURSUS ASAS GRAFIK (ADOBE PHOTOSHOP)
Aktiviti Terkini | 20 - 22 April 2019Kursus ini adalah gabungan KEMAS serta Pusat Internet Kuala Kejir di mana peserta Kursus Adobe Photoshop diajar dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital bagi kegunaan web atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop. Adobe Photoshop ialah satu aplikasi pengubahsuaian grafik atau dipanggil graphics editing program. Ia membolehkan kita menggunakan aplikasi Photoshop untuk membuat sebarang bentuk pengubahsuaian imej samada imej sedia ada atau grafik baru mengikut kreativiti sendiri....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU AMPUAN INTAN
Aktiviti Terkini | 06 Mac 2019Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan yang dihadiri seramai 513 orang pelajar. Mereka didedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan internet, keprihatinan terhadap pengguna lain dan cara membanteras jenayah siber yang kini kerap menjadi isu terhangat di media sosial. Pelbagai aktiviti menarik turut sediakan seperti Balang Beracun di mana pelajar perlu mengeluarkan satu soalan dalam balang tersebut dan menjawab soalan tersebut. Jawapan yang betul dikira sebagai pemenang. Majlis ini berlangsung selama dua jam pada sebelah petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah....baca selanjutnya
SEMINAR KEUSAHAWANAN BIJAK URUS KEWANGAN BERSAMA CSI
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019Seminar ini adalah kerjasama CSI dengan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hulu Terengganu. Program ini bertujuan membina satu kesedaran kepada usahawan tentang cara menguruskan kewangan...baca selanjutnya
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PT3 & UPSR KG. KUALA KEJIR
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2019Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di Kg. Kuala Kejir...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya