SEMINAR KEUSAHAWANAN BIJAK URUS KEWANGAN BERSAMA CSI

Aktiviti terkini | 16 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Rest House Kuala Berang

Ringkasan Aktiviti :
Seminar pengurusan kewangan ini adalah kerjasama CSI dengan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Hulu Terengganu. Majlis ini berlangsung selama empat jam pada sebelah pagi yang bertempat di Rest House, Kuala Berang.
Pelbagai cara pengurusan yang berkesan dipelajari oleh usahawan dan boleh diaplikasikan apabila mereka mengawal perbelanjaan mereka.
Seminar ini dapat membantu usahawan membuat keputusan yang baik dalam kehidupan harian dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pengurusan kewangan. Ramai usahawan yang menghadirkan diri bagi meningkatkan ilmu keusahawanan mereka.
Program ini diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan jamuan makan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tujuan Aktiviti :
• Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan perniagaan.
• Membentuk keyakinan diri usahawan dengan cara memantapkan kemahiran pengurusan kewangan mereka.
• Dapat memahami konsep dan tatacara perkaunan penerimaan, perbelanjaan dan bayaran.
• Memberi galakan kepada usahawan untuk berjaya dalam perniagaan.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempertingakatkan pengurusan kewangan perniagaan menjadi lebih berkesan.
• Memberi kesedaran yang mendalam tentang kepentingan pengurusan kewangan.
• Meluaskan jaringan perhubungan yang akan memberi nilai tambah dari segi perkongsian idea, pengalaman dan kepakaran di kalangan peeserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :