Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.
Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.
Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KURSUS PEMBUATAN CINCAU ( HOMEMADE ) 
Aktiviti Terkini | 26 Disember 2021
Sebuah kolabrasi dengan Pusat Komuniti Desa dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dimana PEDi Kuala Kejir menjemput usahawan-usahawan dari PEDi Kuala Kejir untuk sama-sama mendapat ilmu baru mengenai proses pembuatan cincau....baca selanjutnya
KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN
Aktiviti Terkini | 20 November 2021Sebuah program kursus untuk komuniti yang mana membantu komuniti yang mengusaha produk makanan untuk lebih mudah mendapatkan kursus sah sebagai pengendali makanan...baca selanjutnya
"PERKONGSIAN TENTANG SCAM : ELAK JADI MANGSA”
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2021Perkongsian ini diadakan secara Live melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kuala Kejir. Perkongsian ini diadakan untuk berkongsi tentang modus operandi beberapa jenis scam yang ada di Malaysia serta tips dan cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa. Program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang, Pusat Internet Komuniti Kuala Berang dan Pusat Internet Komuniti Bukit Diman....baca selanjutnya
"PERKONGSIAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA”
Aktiviti Terkini | 12 September 2021Perkongsian ini diadakan secara Live melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kuala Kejir. Perkongsian ini diadakan untuk berkongsi tentang sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia. Program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang dan Pusat Internet Komuniti Bukit Diman....baca selanjutnya
"PERKONGSIAN TEMPAT MENARIK DI HULU TERENGGANU”
Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021Perkongsian ini diadakan secara Live melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kuala Kejir. Perkongsian ini diadakan untuk berkongsi beberapa tempat menarik di sekitar Hulu Terengganu kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Kuala Kejir. Program ini diadakan dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Tengkawang dan Pusat Internet Komuniti Bukit Diman....baca selanjutnya
BENGKEL KEUSAHAWAN SHOPEE BERSAMA PIK BELIMBING
Aktiviti Terkini | 12 Julai 2021Aktiviti bulanan bersama Pik Kg dan seluruh Pik Hulu Terengganu dibawah seliaan DIGI. Kami bersama-sama mempelajari kelas keusahawan E Dagang Shopee...baca selanjutnya
POCKET TALK ONLINE BERSAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI DI HULU TERENGGANU : CFM & TIPS KESELAMATAN SIBER ANJURAN CONSUMER FORUM MALAYSIA (CFM)
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2021Pendedahan tentang tips dan keselamatan siber serta mengeratkan hubungan antara staf- staf pusat internet komuniti kluster Hulu Terengganu...baca selanjutnya
QURAN HOUR BERSAMA TABIKA KEMAS KG KUALA KEJIR
Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021Aktiviti bulanan bersama Pik Kuala Kejir bulan ini adalah bersama Tabika Kemas Kuala Kejir sempena program Quran Hour yang dijalankan selama 2 jam. Sesi bermula dengan bacaan Yassin dan setikit Taklimat KDB bersama pelajar-pelajar tabika dan guru tabika...baca selanjutnya
MAJLIS PELANCARAN PRIHATIN DELIVERY CENTRE (PDC) & PENUBUHAN KELAS IQRAQ ( BRAILLE )
Aktiviti Terkini | 11 April 2021Majlis Pelancaran PDC dan kelas Iqraq dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk RosolWahid....baca selanjutnya
LAWATAN RASMI CHAIRMAN MCMC KE PIK TENGKAWANG
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021Lawatan Rasmi YBrs. Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Chairman MCMC ke PIK Hulu Terengganu iaitu PIK KG Tengkawang....baca selanjutnya
WEBINAR HTML/PHYTON/SQL
Aktiviti Terkini | 23,24 Dan 25 Februari 2021Siri webinar yang dikendalikan oleh pihak Arus Academy selepas kelas pengajaran MicroBit, Staff Pik didedahkan pula dengan ilmu mengenai pengenalan Bahasa pengaturcaraan HTML, PHYTON dan SQL....baca selanjutnya
LIVE
Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021Satu program alternative untuk usahawan PIK Kuala Kejir mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai keusahawan melalui platform online ketika berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan pandemic Covid19...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya