MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PT3 DAN UPSR KG. KUALA KEJIR

Aktiviti terkini | 24 Januari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kuala Kejir

Ringkasan Aktiviti :
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di Kg. Kuala Kejir. Majlis ini adalah kerjasama Pusat Internet Kuala Kejir dengan Komuniti Kg. Kuala Kejir. Dengan adanya majlis ini dapat mengalakan pelajar untuk terus berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan. Di samping itu, majlis ini juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah, pusat internet dan masyarakat setempat. Majlis ini berlangsung selama tiga jam pada sebelah petang dan diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh komuniti Kg. Kuala Kejir.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan.
• Membentuk keyakinan diri pelajar dalam pelajaran.
• Memberi galakan kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang cemerlang.
• Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama antara warga sekolah, pusat intrenet dan masyarakat setempat.
• Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :