Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.

Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.

Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL COMMUNITY BASED ECOTOURISM

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2017

Bengkel Community Based Ecotourism adalah kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam menjadikan Hulu Terengganu sebagai sebuah pusat pelancongan pada tahun 2018. Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik atau strategi untuk membangun dan menguruskan sebarang projek pelancongan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Azmi Bin Razik selaku Pegawai Daerah Hulu Terengganu....baca selanjutnya

'CUCUMBER DAY'

Aktiviti Terkini | 23 November 2017

Program ini dijalankan bertujuan untuk mempromosi produk mentimun dan mewujudkan icon pertanian di Hulu Terengganu. PI1M mengambil kesempatan untuk mempromosikan PI1M kepada penduduk sekitar...baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KUALA KEJIR & KG TENGKAWANG

Aktiviti Terkini | 18 November 2017

Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kejir & Kg Tengkawang telah diadakan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Jailani B. Johari (Timb. Menteri Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia). Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah seperti sukaneka kampung, pameran agensi luar & usahawan dibawah naungan PI1M, pemakaian vest kepada Anggota KRT, demostrasi robotik daripada SMKTAI selaku juara DIGI Petrosains Robotic Programme 2017 dan sebagainya....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA PDK

Aktiviti Terkini | 12 November 2017

Program ini bertujuan membantu membina keyakinan kepada pelajar dan membantu serta melatih pelajar PDK untuk menghasil seni kraf serta membantu pelajar OKU untuk lebih positif dalam menggunakan kandungan internet...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 29 - 30 Sept 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan 3D software kepada komuniti setempat dan juga menarik minat komuniti dalam mempelajari benda yang baharu. 3D software merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk membuat objek dalam bentuk 3 dimensi dan mencetak dengan menggunakan pencetak digital. Untuk program ini pelajar didedahkan dengan cara-cara membuat design dengan menggunakan Sketch Up software dan kemudiannya mencetak dengan menggunakan 3D printer....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60 BERSAMA TABIKA KEMAS KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2017

Majlis diadakan untuk meraikan bulan kemerdekaan yang ke – 60 bagi menyemai semangat 1 Malaysia dikalangan pelajar Tabika KEMAS. Aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan mewarna poster kemerdekaan dan bersama-sama mengecat banner kemerdekaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang dan jamuan ringkas yang disediakan oleh Tabika KEMAS....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KG. KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 01 Julai 2017

Majlis diadakan bagi meraikan bulan syawal. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada JKKK Kuala Kejir, En. Marzuki Tahir. Kemudian diikuti dengan persembahan nyanyian daripada bekas peserta ceria pop star. Seterusnya, majlis penyampaian sumbangan khas kepada pelajar dan penduduk kampung. Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh penduduk kampung....baca selanjutnya

MALAM BEGEMERLAPAN OKB KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017

Aktiviti ini dapat melahirkan permuafakatan antara penduduk kampung menghidupkan kembali tradisi memasang pelita menjelang Ramadhan dan Aidilfitri dan meningkatkan kreativiti dalam menghias pelita di kediaman masing-masing....baca selanjutnya

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PI1M KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2017

Majlis ini dapat meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran dengan bertajwid dan bertaranum dan menimbulkan kesedaran agar tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta membudayakan Al-Quran dalam menghidupkan bulan Ramadhan....baca selanjutnya

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MUHIBAH 2017

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan kepada penduduk setempat, mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan penduduk kampung, melahirkan atlet berpotensi tinggi dalam bidang sukan yang diceburi dan menguasai kemahiran asas dalam sepak takraw.....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG CEGAH AEDES BERSAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2017

Aktiviti ini bagi memastikan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes dan penduduk dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera....baca selanjutnya

KUALA BERANG ECO FESTIVAL 2.0

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Festival ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat Kuala Berang mempromosikan Sungai Kodok, Kampung Langgar sebagai destinasi terbaru di Hulu Terengganu dan mempopularkan sukan tradisional di dalam negara....baca selanjutnya

PROGRAM MCMC CARE EMPOWERING PERINGKAT HULU TERENGGNU 2017

Aktiviti Terkini | 10 - 12 Mei 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kebudayaan dan tradisi Terengganu kepada orang luar dan memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Hulu Terengganu sekali gus dapat mempromosikan PI1M kepada penduduk sekitar...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2017

Program ini dapat menceriakan kawasan persekitaran PI1M dan dapat mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan disamping menyumbang tenaga untuk kebaikan bersama. PI1M juga kelihatan selesa, bersih dan harmoni untuk kegunaan pengguna atau penduduk sekitar....baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti