Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.

Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.

Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS PHONEGRAPHY & CAPCUT VIDEO EDITING

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Program komuniti melibatkan usahawan tempatan yang mana baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan. Selain daripada pengenalan bisnes dan peluang untuk mereka, disertakan sekali kelas asas fotografi untuk mereka membuat persediaan cara asas mengambil gambar dan menyunting....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PEDI KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 17 November 2022

Sebuah program tahunan bagi meraikan komuniti sekitar PEDi Kuala Kejir. Kuala Kejir menjadi tuan rumah kepada seluruh kluster PEDi Hulu Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik berlansung untuk komuniti setempat. Majlis berjalan dengan lancer dihadi oleh pegawai MCMC, Pengerusi PEDi dan penduduk kampung....baca selanjutnya

BENGKEL BASIC PHOTOGHAPHY & DEMO GAJET VIRAL

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Program komuniti melibatkan usahawan tempatan yang mana baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan. Selain daripada pengenalan bisnes dan peluang untuk mereka, disertakan sekali kelas asas fotografi untuk mereka membuat persediaan cara asas mengambil gambar dan menyunting....baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN PERMOHONAN I-BELIA

Aktiviti Terkini | 26 September 2022

Program bagi memudahkan anak muda di Kampung Kuala Kejir dan sekitar untuk mengisi permohonan i- Belia dengan kemudahan yang disediakan di PEDi. Program tersebut danjurkan oleh Pejabat Adun Kuala Berang dan JPKK Mukim Tanggol. Salah seorang wakil pejabat Adun dating untuk memantau pengisian peserta....baca selanjutnya

PEDi HULU MERDEKA 2022

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022

PEDi Kluster Hulu Terengganu mengadakan sebuah program kemerdekaan bersempena hari kebangsaan yang bakal tiba pada 31 Ogos 2022 ini. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti yang disediakan secara digital atas talian terlebih dahulu serta fizikal pada hari yang telah ditetapkan. Program sebegini secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk mengenali dan mengunjungi PEDi pada masa akan datang...baca selanjutnya

HARI SSM BERSAMA PELANGGAN

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2022

Sebuah program kerjasama PEDi dan SSM Malaysia dijalankan bagi membantu komuniti setempat untuk melakukan sebarang urusan berkaitan dengan SSM....baca selanjutnya

LIVE SHARING : TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2022

Perkongsian bersama PEDi Tengkawang dan Bukit Diman mengenai pengurusan kewangan buat komuniti setempat. Satu isu yang sukar dipraktikkan pada zaman sekarang adalah pengurusan kewangan peribadi. Jadi, perkongsian ini membantu komuniti untuk mendapatkan beberapa tips kesedaran....baca selanjutnya

KENALI PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD)

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Diskusi bersama staff Pedi Bukit Diman dan Tengkawang mengenai penyakit yang sedang berleluasa di Malaysia. Perkongsian untuk warga komuniti setempat sama-sama mengambil cakna dan kesedaran berkaitan penyakit tersebut....baca selanjutnya

KELAS GUBAHAN BUNGA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

Sebuah kolabrasi Pedi bersama Pusat Komuniti Desa dengan menjemput usahawan-usahawan pedi untuk bersama menjalankan aktiviti bulanan....baca selanjutnya

HEBAHAN BANTUAN I-FITRI NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Hebahan Bantuan I-Fitri Negeri Terengganu membantu komuniti sekitar PEDi untuk memahami urusan berkaitan permohonan seperti syarat kelayakan, cara memohon dan salinan dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan bantuan tersebut....baca selanjutnya

KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM TDM BHD

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Karnival Penghayatan Islam mengajak komuniti untuk sama-sama mendengar perkongsian ilmu seperti Kuliah Dhuha, Bicara Wanita, Kuliah Maghrib khas di samping aktiviti menarik seperti permainan sukan rakyat, pameran barang IKS...baca selanjutnya

TUTORIAL MINI BOUQUET

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Program bulanan PEDi Kuala Kejir kali ini mengajak komuniti untuk sama-sama menghasilkan produk kreativiti hasil tangan iaitu Mini Bouquet/ Jambangan Hadiah....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti