Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.
Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.
Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini |07 Disember 2018Program ini dijalankan untuk mendekatkan lagi pusat internet dengan komuniti di kawasan kampung ini. Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak penduduk di kawasan Kuala Kejir ini tentang ICT dan KDB yang telah dijalankan pada hari terbuka ini.Dengan adanya hari terbuka jugak dapat mengeratkan lagi hubungan pertugas Pusat Internet dengan Komuniti disini....baca selanjutnya
BENGKEL KEUSAHWANAN BERSAMA AHLINA BAKERY
Aktiviti Terkini | 16 November 2018Program ini dijalankan bagi memberi tunjuk ajar kepada komuniti tentang bagai mana hendak memulakan perniagaan berkaitan dengan bakeri dan cara membuat dekorasi kek atas kreativiti komuniti itu sendiri. Program ini jugak dapat memberikan pendedahan kepada komuniti bagaimana untuk membuat sesuatu kek itu dengan betul dan mengikut bajet kita sendiri dengan modal yang tidak besar....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018Program ini dijalankan bagi mempromosikan Telefon VIVO Y53 yg merupakan pakej paling terendah dengan percuma simpak dan 3 bulan internet percuma. Dalam masa yang sama juga kami mengadakan program (KDB) Klik Dengan Bijak dimana pertandingan mewarna online dan Kahoot dijalankan di Pusat internet untuk memberi kepakaran dan kreativiti anak2 dalam menjawab dan mewarna gambar. Aktiviti lain juga seperti Musang berjanggut dan Usahawan cantik bersama Mary Kay jugak dijalankan. Penglibatan dari Agensi Kerajaan seperti Klinik Kesihatan Gigi dan Agensi Anti Dadah juga memeriahkan lagi acara yang diadakan....baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS
Aktiviti Terkini | 13 September 2018Aktiviti mewarna merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari kanak-kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah. Bagi merialisasikan aktiviti ini, pihak Pusat Internet Kuala Kejir telah mengadakan satu program mewarna sempena Hari Malaysia bersama Tabika KEMAS Kuala Kejir. Program ini dapat mengukuhkan bakat seni dan menyemai semangat cinta akan negara dalam diri para peserta. Seramai 17 orang pelajar telah terlibat dalam program ini termasuk 3 orang guru pengiring. Selain aktiviti mewarna, program ini turut diselitkan dengan slot Klik Dengan Bijak (KDB) dan mewarna secara atas talian (coloring online). Program seperti ini dapat memberi kepelbagaian dan keseronokan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Hadiah turut disediakan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Program berakhir dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya
SEMINAR KEPENTINGAN KAWALAN KENDIRI DALAM KEBEBASAN MEDIA
Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2018Program ini adalah anjuran Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) kerjasama dengan pihak MCMC dan juga PDRM. Seminar ini telah diadakan di TH Hotel, Kuala Terengganu bertujuan untuk memberi pendedehan tentang kepentingan kawalan kendiri dalam kebebasan media. Peserta didedahkan dengan jenayah siber yang kerap berlaku pada zaman sekarang seperti kes pembulian siber, penyebaran maklumat palsu, kandungan lucah dan sebagainya. Di sini juga peserta diajar cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Peserta yang terlibat terdiri daripada agensi kerajaan dan juga swasta. Penerangan mengenai portal SEBENARNYA.MY turut di selitkan dalam seminar ini bagi memastikan setiap berita atau maklumat yang diterima adalah benar dan tepat....baca selanjutnya
BENGKEL KEUSAHAWANAN (TUPPERWARE) SESI II
Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018Program ini adalah kerjasama Pusat Internet Kuala Kejir dengan Tupperware Brands bagi mengadakan bengkel usahawan kepada usahawan sekitar Kuala Kejir. Bengkel ini banyak membantu usahawan dalam meningkatkan kepakaran mereka dalam mempromosikan produk mereka. Mereka juga diajar tentang teknik-teknik menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Bengkel ini diadakan selama 4 jam dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya
BENGKEL KEUSAHAWANAN (TUPPERWARE) SESI I
Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018Program ini adalah kerjasama Pusat Internet Hulu Terengganu dengan Tupperware bagi mengadakan bengkel usahawan kepada usahawan sekitar Hulu Terengganu. Bengkel ini banyak membantu usahawan dalam meningkatkan kepakaran mereka dalam mempromosikan produk mereka. Mereka juga diajar tentang teknik-teknik menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Bengkel ini diadakan selama 4 jam dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM PENGAGIHAN SIMPACK MYAGRO
Aktiviti Terkini | 02 Mei 2018Program ini adalah kerjasama pihak Digi yang diadakan bagi membantu pekebun kecil atau peneroka dalam aspek komunikasi. Selain itu, ia juga dapat memperluaskan rangkaian Digi kepada masyarakat sekitar. Program ini berlangsung dalam masa sehari di mana pekebun kecil atau peneroka perlu menerima simpack tersebut di Pusat Internet yang terpilih. Setiap pekebun kecil yang berdaftar dapat melanggani pakej internet secara percuma selama setahun....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & PROGRAM USAHAWAN DI PEKAN BUDAYA PANTAI RHU 10, SETIU
Aktiviti Terkini | 18 - 25 April 2018Satu program advokasi telah dijalankan di Pekan Budaya Daerah Setiu dengan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri bertempat di Tapak Karnival Rhu 10 bersempena dengan Pekan Budaya daerah Setiu yang berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 18 sehingga 21 April 2018. Mendapat jemputan daripada Pejabat Pertanian, program advokasi telah berjaya dilaksanakan dan mencapai sasaran iaitu seramai 400 penyertaan daripada pengunjung. Sepanjang program, sambutan amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah penerangan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dan program usahawan, kuiz KDB, kuiz usahawan, ‘puzzle games’ dan teka jumlah gula-gula....baca selanjutnya
JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA
Aktiviti Terkini | 13 April 2018Ceramah agama berkaitan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi. Fokus adalah kepada aktiviti Forum Bicara Perdana dengan topik “Berita Palsu Musuh Negara” yang akanmembariskan penceramah-penceramah selebriti tersohor seperti Sohibus Somahah Ustadz Dato’ Dr Mohd Izhar serta Ustadz Zakaria Othman yang akan berganding bahu mengupas lanjut topik tersebut. Forum akan turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang kita sanjungidan sayangi merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Jailani bin Johari, yang akan turut menyampaikan amanat beliau....baca selanjutnya
MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya
BENGKEL FOTOGRAFI .MYNIC
Aktiviti Terkini | 10 & 24 Februari 2018MYNIC dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan platform komersial pertama karya seni foto tempatan dalam talian, KREATIFMARKET bagi membantu komuniti fotografi Malaysia menjana pendapatan pasif. Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkemaskan bakat belia sedia ada sebagai penyumbang kepada karya fotografi selain membantu mereka menjana pendapatan menerusi platform berkenaan. Peserta diajar asas teknik fotografi yang betul bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial....baca selanjutnya
MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya