Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.
Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.
Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM CUTI SEKOLAH FUNDAY PEDI KUALA KEJIR
Aktiviti Terkini | 28 Disember 2023Program bersama pelajar sempena cuti sekolah....baca selanjutnya
BENGKEL SABUN & PEWANGI HOMEMADE
Aktiviti Terkini | 17 November 2023Program bulanan bersama komuniti sekitar Kuala Kejir....baca selanjutnya
PEMERIKSAAN MATA PERCUMA BERSAMA KOMUNITI PEDI KUALA KEJIR
Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2023Program bulanan bersama komuniti sekitar Kuala Kejir....baca selanjutnya
PROGRAM KEUSAHAWAN - SSM BERSAMA PELANGGAN DI PEDI KUALA KEJIR
Aktiviti Terkini | 27 September 2023Sebuah program yang mana membantu usahawan luar bandar menyelesaikan urusan berkaitan lesen perniagaan SSM...baca selanjutnya
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL – KOMPUTER TEKNIK PENGGUNAAN GREEN SCREEN
Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2023• Sebuah program Kluster Hulu Terengganu iaitu pengenalan asas mengenai Teknik Pembangunan Green Screen yang mana melibatkan komuniti tempatan dan usahawan muda yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan...baca selanjutnya
KELAS ASAS SOLEKAN
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2023Kelas softskill belajar kelas asas solekan dikendalikan oleh MUA Terengganu ‘Yunk Ziey’...baca selanjutnya
BENGKEL BASIC PHOTOGHAPHY & DEMO GAJET VIRAL
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2023Program komuniti melibatkan usahawan tempatan yang mana baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan...baca selanjutnya
JOM BUAT POSTER HARI GURU & HARI IBU
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023Kelas bulanan Bersama kanak-kanak di Pedi untuk Guru dan Ibu tersayang. Pengenalan aplikasi Canva di website sebagai platform yang digunakan untuk membuat poster....baca selanjutnya
BEGINNER CLASS SHOPPE & TIKTOK MARKETING
Aktiviti Terkini | 13 April 2023Kelas asas Shopee dan Tiktok kepada usahawan PEDi Kuala Kejir yang mana kesemuanya tidak ada lagi asas pengenalan mengenai E-Commerce tersebut...baca selanjutnya
KEM CUTI SEKOLAH : KURSUS MICROSOFT
Aktiviti Terkini | 1- 13 Mac 2023Sebuah program kolabrasi antara PEDi Kuala Kejir dan Persatuan Ibu Bapa Dan Penjaga ( PIBG ) SK Langgar...baca selanjutnya
KEM BIDIK PANAH
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2023Kem Bidik Panah ajuran PEDi Kg Tengkawang dengan gabungan 5 buah PEDi Hulu Terengganu (PEDi Kuala Berang, PEDi Bukit Diman, PEDi Tok Randok, PEDi Kuala Kejir) bertempat di Sek Keb Matang dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Panglima Hulu Terengganu dan PSS AL-HADI SK Matang....baca selanjutnya
KEM BIDIK PANAH
Aktiviti Terkini | 28 Januari 2023Program komuniti melibatkan penduduk kampung sekitar dan berdekatan. Merupakan program pembuka tirai 2023 dengan menjemput komuniti untuk dapat dan mengenal PEDi....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya