HARI PERASMIAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KUALA KEJIR & KG TENGKAWANG

Aktiviti terkini | 18 November 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kejir & Kg Tengkawang

Tujuan :
Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kuala Kejir & Kg Tengkawang telah diadakan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Jailani B. Johari (Timb. Menteri Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia). Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah seperti sukaneka kampung, pameran agensi luar & usahawan dibawah naungan PI1M, pemakaian vest kepada Anggota KRT, demostrasi robotik daripada SMKTAI selaku juara DIGI Petrosains Robotic Programme 2017 dan sebagainya.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan yang ada di PI1M Kuala Kejir.
• Menyemai semangat berpasukan, meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan mengasah bakat kepimpinan.
• Meningkatkan lagi jumlah ahli PI1M yang sedia ada.
• Merapatkan hubungan antara komuniti sekitar yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :