Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada mulanya Kampung Kuala Kejir berasal dari nama seorang penduduk yang sudah berusia yang bernama Tok Kejir. Pada ketika itu, beliau mula menerokai tanah di kampung Kuala Kejir dan beliau tinggal berhampiran kuala anak sungai yang kini dipanggil sungai kejir.

Banyak pokok durian yang telah ditanam di atas tanah perkuburan dan sekarang telah ditinggalkannya. Buah durian tersebut telah diwakafkan untuk penduduk kampung Kuala Kejir dan juga Kampung Tok Bintang yang merupakan jiran kepada kampung tersebut.

Kuala Kejir terletak di dalam mukim Tanggul dan Dun Kuala Berang. Manakala jarak antara kampung ini dari bandar Kuala Berang hanya 8km sahaja dan 26km dari pusat bandar Kuala Terengganu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


CREATE GMAIL ACCOUNT

Aktiviti Terkini | 17 September 2024

Mengajar pelajar sekolah membuka akaun Google sebelum mendaftar aplikasi di website ....baca selanjutnya

PENGGUNAAN INTERNET UNTUK PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2024

Pengunjung berkunjung ke NADI Kuala Kejir untuk mencari bahan-bahan penyediaan teks ucapan....baca selanjutnya

PENGISIAN BORANG BUDI MADANI DI LAMAN WEB

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2024

Pengunjung berkunjung ke NADI Kuala Kejir untuk mengisi borang atas talian dengan bantuan staff NADI....baca selanjutnya

KELAS PERSONAL – CARA MEMBUAT EMAIL

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2024

Pengunjung berkunjung ke NADI Kuala Kejir untuk mempelajari bagaimana untuk mewujudkan EMAIL baharu....baca selanjutnya

KELAS ICT - (MICROSOFT OFFICE WORD)

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2024

Seramai 6 murid terlibat dalam program hari ini....baca selanjutnya

KELAS PERSONAL ICT – MEWUJUDKAN AKAUN GMAIL

Aktiviti Terkini | 18 April 2024

Puan Azizah mendaftar sebagai ahli NADI dan belajar tentang ICT di NADI KUALA KEJIR....baca selanjutnya

KELAS PENYEDIAAN SURAT RASMI

Aktiviti Terkini | 3 Mac 2024

Pelajar Tingkatan Empat datang ke NADI untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah iaitu surat rasmi bagi program di sekolah....baca selanjutnya

STEM ACTIVITY @ PEDI KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2024

Program cuti sekolah anak-anak komuniti Kuala Kejir....baca selanjutnya

PROGRAM PADU BERSAMA KOMUNITI KUALA KEJIR

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2024

Pengenalan Sistem PADU untuk komuniti setempat....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti